Sunday 9 December 2012

Pantai Morib


Ku gagahi jua memandu kereta buruk ku yg banyak menabur jasa sekian lama, Kali ini aku dan keluargaku menuju ke Pantai Morib di Banting Selangor. Kami tiba tepat Jam 2.30 petang. Perkara pertama kami lakukan ialah mengisi perut yang mula rasa lapar melihat kepada deretan gerai yang menjual makanan di Pantai Morib ini. Kami pilih gerai nasi campur kerana gerai itu nampak kurang sesak berbanding gerai lain yang sudah penuh dan tiada meja kosong, walaupun hasrat asal nak layan "Ikan Bakar King" tapi tidak kesampaian kerana bisnes belum bermula.

Kedai nasi campur ni agak mengecewakan sedikit dari segi rasa, segala lauk semuanya masin dan harga yg agak mahal, Gerai minuman sebelah pun mengenakan harga yg mahal untuk 2 gelas sirap limau, teh tarik dan teh ais (RM7.50)

Keadaan sekitar kawasan gerai di penuhi pengunjung yang bersidai di tembok dan tempat duduk yang disediakan. Ada yang bermain layang-layang yang ada dijual di sini. Ada juga cuma sekadar duduk menikmati angin laut yang agak kencang ketika itu.

Dalam jarak 500 meter dari kawasan gerai dan rekreasi ada terdapat kawasan pantai, dan ada yang mandi manda di situ, keadaan air di Pantai Morib ini agak berlumpur dan keroh. Sampah sarap yang di buang sewenang nya juga mencacatkan permandangan

Kami bercadang untuk berkhemah di Pantai Kelanang yang terletak tidak jauh dari Pantai Morib. Menurut orang ramai Pantai Kelanang ni lebih sesuai untuk aktiviti berkhemah, pantai nya 3km panjang dan banyak kawasan yang sesuai untuk memancing dan mandi manda. Segala kemudahan awam juga tersedia disini.

1 comment:

  1. Kami beroperasi isnin-jumaat 4pm to 1am..
    Sabtu , ahad & public day 1pm to 2am..

    ReplyDelete