Sunday 22 January 2012

Wajar atau Tidak Hutan Rimba Rekreasi di kenakan bayaran Masuk?

Dah lama sangat aku tak mandi manda kat Air Terjun Rimba Rekreasi Ulu Yam, dulu memang kerap ke sana.  Baru baru ini aku singgah untuk meninjau keadaan dan rupa nya setelah sekian lama tak datang ke situ. Malang sekali belum sempat meneruskan hajat di hati untuk buat lawatan tinjauan, aku disapa seorang penjaga pintu masuk, "Bang Singgit Bang, nak masuk bayar Singgit Bang" terkejut beruk gak aku. Memikirkan aku cuma nak meninjau dan tidak ada niat nak mandi manda aku batalkan saja niat dan berpatah balik saja.

Terlintas di fikiran ku, agaknya apa kemudahan yang di sediakan sekarang di kawasan air terjun ni sampai nak minta bayaran masuk, aku dah biasa sangat mandi manda free kat air terjun kurniaan tuhan ini. Dah sengkek sangat ke Kerajaan Selangor sekarang sampai kawasan riadah untuk rakyat bawahan ini pun nak di cukai, berapa lah sangat kos menyelenggara tempat rekreasi ni kalau nak di bandingkan dengan faedah yang tidak ternilai dek wang ringgit dapat rakyat bawahan nikmati kurniaan tuhan ini.

Doa negeri berkebajikan yang di laungkan di masjid setiap jumaat makin lama makin tak membawa makna. Rasa nya mungkin kerajaan Selangor nak cover balik kos bagi air free 20mtr padu tu kot. Segala kenangan di Ulu Yam ku simpan di hati, mudah mudahan di masa hadapan tiada lagi bayaran di kenakan bagi memasuki tempat begini.

Nikmat yang diberi ini percuma ini mengapa ada yang mahu mengambil kesempatan, apa pun alasan nya, wajarkah bayaran di kenakan???

Wednesday 18 January 2012

KEPERLUAN BADAN

Kita makan dan minum setiap hari, tapi sedar atau tidak kebanyakkan makanan yang di ambil adalah makanan yang sudah di proses. Ini bermakna segala zat dan khasiat penting untuk badan telah sedikit sebanyak hilang semasa di proses.

Pakar pemakanan mengesyorkan kita mengambil 5 hidangan buah buahan dan sayuran setiap hari. Tapi berapa ramai yang mampu melakukannya. Bila membeli barang dapur tidak ramai yang suka membeli dan mengangkat buah buahan, alasan nya berat dan remeh.

Kini tidak perlu bersusah payah lagi nak mengupas buah, nak berkira kira vitamin dan khasiat untuk badan. Mona Vie dengan jus utama Buah Acai (sebutan yang betul A sai ee) dan 18 jenis buah terhebat yang akan membekalkan segala khasiat penting untuk sistem pertahanan badan dari segala serangan penyakit.