Wednesday 1 February 2012

Bisnes Affiliate-Di Persimpangan- Halal dan Haram, Subhah

Tatkala semua berlumba dan berkejaran mencari rezeki, kita sering di dekati pelbagai peluang untuk membuat  duit. Ada yang menjanjikan bulan dan bintang, ada yang berdasarkan produk dan idea yang hebat dan menarik. Ada yang pilih MLM, ada yang pilih berniaga di pasar malam, tak kurang juga yang berniaga hanya mengunakan IT dan Komputer.

Sejak akhir ini kedengaran suatu skim perniagaan yang di panggil "Affiliate Business". Secara asasnya skim perantara ini beroperasi secara online dan juga offline. Di mana peserta di kehendaki membayar sejumlah wang penyertaan bernilai ribuan ringgit sebagai modal untuk memulakan perniagaan "Affiliate ini"  

Dalam perkara ini ada 3 pihak terlibat iaitu Merchant, Affiliate dan juga Pembeli. Affiliate disini sebagai org tengah yang mendapat komisyen dari setiap barangan atau perkhdmatan yang diniagakan antara merchant dan pembeli dimana Affiliate akan mempromosikan barangan dan perkhidmatan merchant melalui laman sesawang dan pautan pautan iklan.

Timbul persoalan Halal Haram bila merchant yang memperdagangkan barangan atau perkhidmatan yang HARAM dan Affiliate akan mendapat komisyen hasil jualan nya. Mempromosi dan mendapat habuan dari jualan Arak misalnya, sudah tentu komisyen yang diterima juga haram kerana hasil dari barang jualan yg haram disisi islam, jika Affiliate itu seorang islam maka haram bagi nya menerima komisyen itu. Walaupun banyak sebenarnya merchant lain yang sah halal, tetapi disebab satu dua merchant yang Non Syariah Compliant ini, komisyen itu sudah bercampur baur antara yang halal dan haram.

Jadi kepada yang sedang menceburi bidang orang tengah ini, di harap dapat lah membuat kajian secara mendalam program dan pejalanan sesuatu peluang untuk mendapat wang yang lebih. Mencari yang Halal itu adalah Wajib.

Ramai di luar sana yang mencari peluang untuk menghancurkan umat islam dengan pelbagai cara. Berwaspada selalu kerana rezeki yang di perolehi akan sebahagiannya menjadi darah daging yang akan mengadap penciptanya suatu hari nanti, Mahu kah darah daging hasil rezeki yang haram disabar api NERAKA nanti, setiap cebisan daging juga akan berkata, "Aku lah darah daging tumbuh hasil rezeki yang HARAM"